Taman Negeri Royal Belum
Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 300, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semula jadi dan digazetkan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.[1] Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder.[2]

Taman Negeri Royal Belum

Didaftarkan 3 Mei 2007
Laman sesawang https://www.royalbelum.my
Pengendali Perbadanan Taman Negeri Perak
Luas 117,500 he (290,000 ekar)